BUTTERWORTH: Keadaan berlumpur di dasar sungai, selain halangan sampah sarap serta arus yang deras menyukarkan operasi mencari seorang anggota bomba yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin di sini, malam tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Beliau berkata operasi dilakukan secara selaman serta pencarian di permukaan air menggunakan penarik dasar, selain penyertaan dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dan penggunaan dron, dalam usaha memperluaskan ruang pencarian.
"Seramai 50 anggota terlibat dalam operasi ini menggunakan sembilan bot milik JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan juga bantuan daripada bot nelayan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 10.10 malam tadi dikatakan berlaku semasa Mohd Izwan yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth bersama seorang lagi anggota bomba hendak menambat bot berkenaan di jeti itu usai melakukan pengujian enjin.
Nor Hisham berkata Mohd Izwan yang telah berkhidmat bersama pasukan bomba selama 19 tahun disifatkan sebagai seorang anggota yang ringan tulang selain disenangi rakan sekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Operasi dilakukan secara selaman serta pencarian di permukaan air menggunakan penarik dasar. -X Bernama
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
AWANI Tonight: 10 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Beratur panjang demi daging RM18 sekilogram
Orang ramai sanggup berbaris panjang sebelum pukul 7 pagi tadi untuk membeli daging lembu segar yang dijual dengan harga runtuh RM18 sekilogram (kg) di sebuah gerai di Kampung Gong Kemuntong di sini.
AWANI Ringkas: PRN Sabah | Telekomunikasi | SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
AWANI 7:45 [10/05/2024] - Perubahan pendekatan pendidikan | Kajian Ilham Centre | Kelancaran operasi
Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA.
Perkukuh teknologi ai sama kuat perhebat kualiti manusiawi, gesa PM.
Siapa menang? SIAPA kalah? Masyarakat india jadi penentu di Kuala Kubu Baharu.
Ada yang cuba masuk Mekah secara haram?
Perkukuh teknologi ai sama kuat perhebat kualiti manusiawi, gesa PM.
Siapa menang? SIAPA kalah? Masyarakat india jadi penentu di Kuala Kubu Baharu.
Ada yang cuba masuk Mekah secara haram?
Bantuan tunai tidak selesaikan isu bantut - CEO Arba Foundation
Ketua Pegawai Eksekutif Arba Foundation, Azlan Shah Nabees Khan berkata bantuan tunai yang diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dilihat tidak berjaya menangani isu bantut dalam kalangan kanak-kanak. Jelasnya, ibu bapa tidak melihat aspek makanan berkualiti sebagai lebih penting berbanding kos-kos asasi hidup yang lain seperti bil air dan elektrik. #DialogPoketRakyat
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.